Living Life As It Is
Semalam,
Masih jelas diminda detik dan ketika kali pertama aku sedar kewujudan kau ditempat itu. Hanya selepas beberapa bulan baru kau muncul. Walau pun kau membelakangi aku, hati aku tertanya2 siapa kau? Kenapa aku tak nampak sebelum ini?
Semalam,
Jelas terbayang keakraban kita. Hari demi hari, perasaan dari ingin tahu meningkat kepada sudah tahu dan meningkat kepada ingin tahu lebih. Dari teringin ke suka. Dari suka ke sangat suka. Dari sangat suka ke amat menyukai dan menyenangi. Sesungguhnya ianya adalah sesuatu yang sukar dan amat jarang berlaku pada aku. Suatu hari aku menzahirkan kata2 yang aku sendiri tidak pernah menyangka akan terkeluar. Dimana, pada aku kau menerima nya dgn baik. Maka aku sangka baik2 aja selepas ini. Setiap kenangan itu masih ada....
Semalam,
Masih terang diingatan dikala aku menangisi kata2 mu. Dikala aku berkali2 memujuk dan merayu agar dimaafi. Kau membuat kesalahan. Aku juga tidak lari dari membuat silap. Kita kan manusia. Adalah wajar melakukan kesilapan. Tetapi, besar kesalahan ku, besar lagi keegoan mu. Hampa yang kau rasakan, hampa lagi perasaan ku. Masih juga bermain2 dimataku bila mana ini semua berlaku. Sesungguhnya aku tidak sepenuhnya menyalahkan kau atau pun aku. Sebagai seorang perempuan, aku tau. Dan aku tetap menegaskan yang dia jugak memainkan peranan dlm hal ini. Marah ku padanya tak penah luntur. Berkali2 ku cuba pujuk hati agar belembut...tapi untuk dia... tidak sama sekali.
Semalam,
Persahabatan kita makin jauh. Berbagai2 usaha aku lakukan utk pulihkan semuanya. Ternyata ego mu tebal sekali. Dengan angkuhnya kau katakan mungkin akan mengambil masa 10 tahun untuk maafkan aku. Aku amat2 terluka. Terlalu sakit. Pedih hati ini bagai ditoreh2. Bertahun jugak aku cuba memujuk, namum aku tewas. Akhirnya aku putus asa. Aku mati akal untuk memujuk kau. Dari jauh aku melihat kau bahagia. Dan aku pasrah. Ini yang kau mahu, maka ini lah yang aku akan berikan. Walaupun teramat pedih dan pilu sekali. Kugagahi jua. Ku kuatkan hati untuk melupakan segalanya. Bermacam2 cara aku lakukan antaranya keluar dari 'keluarga' itu. Ku lakukan semata2 untuk jauhkan diri dari kau. Beberapa benda bodoh jugak aku buat semata2 untuk melupakan kau. Tapi mana mungkin. Kita sebangunan!
Hari Ini,
Sejujurnya aku masih tidak mampu melupakan kau 100%. Masih ada sisa2 kenangan itu dlm hidup aku. Sejujurnya aku tidak bisa dan aku tidak tegar mencari yang lain. Kerna luka yang amat pedih ini aku rasa semuanya akan buang masa. Aku terus kan hidup aku dgn cara aku. Aku mencari bahagia dgn cara aku sendiri. Aku masih mencari kekuatan utk melupakan kau sepenuhnya. Tapi apakan daya. Aku manusia yang susah utk suka dan susah utk melupakan.
Hari Ini,
Perkhabaran yang aku terima merobek hatiku. Apa semua ini? Kau mahu meninggalkan 'keluarga' kau yang satu ketika dulu penah menjadi keluarga aku. Dan kau mahu menjadi ahli baru dalam 'keluarga' baru aku sekarang. Apa ni? Masih ada lagi keluarga lain yang bole kau pertimbangkan. Kenapa keluarga aku? Apa yang ingin kau buktikan. Apa kau ingin ikut aku? Untuk apa? Kau hanya meruntunkan lagi jiwa aku. Tidak cukup kah kau menyiksa aku selama ini?
Hari Ini,
Sejujurnya perasaan aku berbelah bagi. Bohong kalu aku katakan aku benci dia. Bohong kalu aku katakan perasaan itu telah hilang terus. Tapi bohong jugak aku katakan yang aku suka dia dlm keluarga aku. Seikhlasnya aku tidak tau apa yang harus aku fikirkan dan apa yang patut aku rasa. Yang pasti perasaan marah itu ada. Perasaan tidak puas hati itu ada. Ya! Aku masih mempunyai perasaan. Perasaan yang berbelah bagi.
Esok,
Semuanya di tangan Allah. Kita tidak tahu apa akan terjadi esok. Aku jugak tidak tahu apa yang aku mahu terjadi esok. Segalanya ku serahkan padaNYA. Hanya dia yang tahu apa akan terjadi esok. Sebagai hambaNya aku hanya memohon yang terbaik buat ku... dan buat keluarga ku...
AMIN
Labels: Emosi
0 comments:
Post a Comment