Sunday, February 7, 2010

Buntal dalam Aquarium


Ini lah yang terjadi apabila kesengalan diri tgh mengemuncak.... Hahaha..
Ni la gambar dlm aquarium office... Ikan2 dlm tu semua dh kong... Haa.. ganti ikan baru ni ha... Ikan buntal... kuang kuang kuang. Bila tak de kojo ni la jadi nye....masuk smpi dlm aquarium... HAHAHAHAHAH

Ni kejadian hari jumaat... agak tidak smooth jgk la kejadian hari jumaat. 'Keluarga' aku dh mula nmpk keretakan. Aku ingat selama ni aku je la punca 'keluarga' aku pening. Disebabkan kelaseran mulut aku. Tapi ada yang lebih dasyat... Ntah aku... aku no comment ttg sapa salah sapa betul. Yang pasti mereka tidak perlu begini. Dan by not choosing the rte words la maka ini semua terjadi. Pada aku, kalu dh diberi kerja... maka adalah tanggungjawab kita sebagai pekerja utk melaksanakan nya... U are paid to do the job... Maka untuk mendapat gaji yang halal, perlukan laksanakan tanggungjawab kita dgn penuh dedikasi. (Walaupun aku selalu mengomel psl kerja, tapi sebaik mungkin aku melaksanakan kerja aku). Tidak pernah terlintas utk aku cantas kerja yang diberi pada aku... apatah lagi mengkomplen dgn menyatakan ini semua salah orang lain. Bagi aku selagi ada kudrat nk buat... buat... Yang penting bagi aku ialah gaji hujung bulan utk bayar segala hutang piutang...FULL STOP! Kan??

Itu kejadian Jumaat. Ini kejadian sabtu. Attended En. Fuad's (former boss) son wedding at Holiday Villa.. Tgk pic dulu baru aku komen psl dinner tu.



Meja committe gitu... Hahahahah. aku sorang tersengeh amik gambar. Nmpk sangat gler camera and giler glamer... Tapi dok kat meja ni jap jer... Kena tukar meja lain. Tak kisah la kena tukar meja.. Tapi aku kesian kat orang yang kena dok situ. Sebab air sirap nyer, aku and af dh minum smpi setengah...Sian kan.. Well, not my fault... Hahahahah



Oh Ya, mlm tu akumalas gler nk mekap. Tgk jer la muka tu. Tu la muka tak mekap aku. Mcm tak senonoh kan gi wedding kat hotel tak mekap. Tapi gi keje mekap bagai nk hape.. hehehe. Well, mood tak smpi nk mekap. Nk buat camne.. Bak kata AJ, natural beuty. AHAKSS!!


Ni la pelamin nya dan 'bunga telur' nya. Sungguh menarik. Masa first wedding dulu pun dpt camni gak... tapi kaler biru... Kos bunga telur ni tak kurang dari RM5. Mau RM10 ni...

So overall comment on this wedding:
  • Aircond tak rasa sangat - mungkin sebab sekarang musim panas, so kurang rasa dan feel agak sesak bila keadaan agak panas.
  • The service (minta maaf) mmg agak teruk. Bagi a well known hotel, mmg agak mengecewakan. The first wedding the service ok. Cuma time tu masalah dia ialah tempat duduk. But the service masih up to the standard. This time mmg agak mengecewakan. Dh la mmg lambat start nk makan. Nasi we have to take from bekas nasi tambah which obviously tak cukup. Lauk jgn cakap la... within 5 minutes licin semua pinggan. Baru datang nk bawak nasi utk tetamu. Mmg tak best la camni. Tunggu pencuci mulut?? Adoi... Nk clear the table pun lambat apatah lagi the creme caramel...
  • Tak cukup staff - tu yang jadi semua ni. Mereka bekerja keras. tapi mmg tak cukup. I think 1 waiter kena handle 6 table kot. Usually 2 waiters handle 4 table...
  • Kesian the host - mereka tak salah. The hotel mgmt yang perlu disalahkan. Duduk kat hujung dunia, I can see that ada muka2 tak puas hati. Ye la, kalu benda ni jadi, orang akan kata the host. Bukan hotel. Host pun of course akan harap kan hotel for good service kan. I personally feel that ppl can accept this kalu buat kat umah. But not in hotels....
  • Bila keadaan dh berterabur, MC cakap dan ucapan tuan rumah langsung tak dgr. Sebab tetamu sibuk bercakap sesama mereka. Kekadang masyarakat malaysia ni langsung tak peka. Tak hormat. Masuk umah orang buat bising. Kesian aku tengok.
Tetapi biasa la... setiap wedding mesti ada hip cups nya.... Just hope mine will not be that bad...

0 comments: